Search This Blog

"Selamat Datang Ke Kg Wang Besar"

OPKIM PERDANA II UiTM PERLIS 2012

Thursday, 13 September 2012

gua wb


GUA WANG BESAR

                Gua Wang Besar terletak kira-kira 200 meter dari jalan utama iaitu melalui laluan masuk Lorong WB7. Lokasinya adalah di penghujung lorong berkenaan.
     Gua yang terbentuk daripada gua batu kapur ini terbina sejak beratus tahun dahulu dan kelihatannya agak unik. Mempunyai keluasan permukaan berukuran 15 x 20 kaki persegi, gua ini dihiasi oleh airnya yang bersih, sejuk dan jernih tanpa sebarang pencemaran. Di dalamnya terdapat beberapa jenis spesis ikan air tawar seperti haruan, keli, lampam, puyu, ikan sisik putih serta tuna.
     Keunikannya juga adalah kerana airnya tidak pernah kering, walaupun dikawasan pengairan lain kering-kontang di musim kemarau. Mengikut maklumat yang diterima daripada Jabatan Geologi Malaysia, pihak berkenaan tidak menjumpai penamat kepada laluan gua ini. Ini berkemungkinan ianya terlalu jauh ke dalam dan keadaannya yang terlalu gelap.
     Sebelum bekalan air paip di bekalkan ke kampung ini, gua ini menjadi lokasi sumber bekalan air minum, membasuh dan mandi kepada penduduk kampung ini dan kampung-kampung yang berdekatan. Kepentingannya terserlah terutamanya di musim kemarau, apabila air perigi di setiap rumah di kampung ini kering.
     Gua ini mungkin menjadi salah satu lokasi tarikan pelawat, sekiranya di buat binaan semula dan dibaik pulih dengan lebih sempurna dan menarik.

No comments:

Post a Comment